KETEGANGAN diantara India dan Pakistan semakin memuncak.
Berlaku kejadian tembakan menembak di sempadan Kashmir semalam yang mengorbankan lapan orang.
Agensi berita antarabangsa, AFP meleparkan, kematian membabitkan dua kejadian berasingan itu berlaku selepas Pakistan memberi amaran bersedia untuk berdepan dengan sebarang pencerobohan yang dilakukan oleh India.
Peperangan tidak menguntungkan | Sumber - Arabnews |
“Tiga tentera Pakistan dan lima tentera India terkorban dalam pertempuran itu.
“Ramai yang juga cedera, Kejadian tembak-menembak masih berterusan,” kata tentera Pakistan dalam satu kenyataan namun tidak menyatakan lokasi sebenar kejadian.
Sebagai rekod, kedua-dua negara itu merupakan negara pemilik senjata nuklear.
BACA: K’jaan gesa tangguh lawat wilayah bergolak
Wisma Putra sebelum ini mengeluarkan nasihat agar rakyat Malaysia menangguhkan perjalanan tidak penting ke kawasan yang terjejas di Jammu dan Kashmir.
Kementerian Luar dalam satu kenyataan berkata, ia susulan Konflik India-Pakistan belum menunjukkan tanda akan reda.
Sementara it, dalam kejadian berasingan, dua orang awam terbunuh dan seorang cedera dalam serangan dilakukan tentera India di LOC di daerah Rawalakot, Kashmir yang ditadbir Pakistan.
0 Comments