JIKA anda jenis yang suka menghabiskan hujung minggu ke tempat-tempat perkelahan, anda perlu lebih berhati-hati.
Sejak beberapa minggu kebelakangan ini cuaca tidak menentu, sekejap panas dan adakalanya hujan turun dengan sangat lebat.
Apa yang paling dibimbangkan ialah berlakunya fenomena kepala air ketika anda dan keluarga sedang berkelah.
Itulah situasi cemas dialami lima sekeluarga apabila mereka nyaris dihanyutkan kepala air di Pusat Rekreasi Sungai Tekala di Semenyih semalam.
5 sekeluarga hampir hanyut semalam | Sumber - Sinar |
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Penguasa Kanan Bomba I Hafisham Mohd Noor, pihaknya menerima satu panggilan kecemasan pada jam 6.02 petang semalam.
Tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semenyih digegaskan segera ke lokasi.
"Sebaik tiba di lokasi kejadian, anggota bomba mendapati lima mangsa yang terperangkap telah diselamatkan oleh orang awam," katanya.
Tahukah anda, bunyi deruan air yang kuat, sampah sarap, pasir atau batu yang hanyut antara tanda-tanda awal berlakunya fenomena kepala air.
Kepala air berasal daripada satu kumpulan air yang terbentuk apabila laluan air yang disekat oleh mana-mana objek termasuk kayu balak, ranting kayu mahupun batu sungai pecah.
Sentiasa peka, sekiranya ada tanda-tanda, selamatkan diri dan ahli keluarga segera kerana kepala air ini turun dengan laju hanya dalam beberapa saat.
0 Comments