SEDARKAH kita, situasi Malaysia yang harmoni sebelum ini sudah mula bergolak.
Ia merupakan satu yang membimbangkan, suasana ini menimbulkan rasa tidak senang dikalangan rakyat. Lebih membimbangkan ia mampu merencat cita-cita membangun semula negara.
Entah dimana silapnya, warganet terlalu mudah terikut emosi dalam isu-isu tertentu, apalagi apabila ia melibatkan retorik politik, kaum dan agama.
Sehubungan itu, empat pemimpin utama Pakatan Harapan (HARAPAN) tampil dengan gesaan agar rakyat dinegara ini mengenepikan retorik yang boleh merosakkan negara.
Ia merupakan satu yang membimbangkan, suasana ini menimbulkan rasa tidak senang dikalangan rakyat. Lebih membimbangkan ia mampu merencat cita-cita membangun semula negara.
Malaysia negara berbilang bangsa | Sumber -Google |
Sehubungan itu, empat pemimpin utama Pakatan Harapan (HARAPAN) tampil dengan gesaan agar rakyat dinegara ini mengenepikan retorik yang boleh merosakkan negara.
Tegas mereka, keharmonian dan kerukunan hidup antara kaum di negara ini perlu dipelihara dan dipertahan.
"Mutakhir ini pelbagai isu menjadi perbualan rakyat Malaysia. Dari cabaran ekonomi, kepada persoalan persepsi kaum atau agama, kepada pendidikan khat, kepada isu pembangunan amnya - rakyat Malaysia kini jelas lebih mudah menyuarakan pandangan melalui media sosial mahupun media arus perdana.
"Semua rakyat Malaysia, tidak kira pangkat mahupun latar belakang, perlu sentiasa memupuk perpaduan dan meningkat persefahaman sesama kita.
"Kita perlu ketepikan retorik yang merosakkan perpaduan. Kita perlu sanggah polemik yang berniat membinasakan negara," kata kenyataan mereka.
Kenyataan itu ditandatangani Presiden KEADILAN, Anwar Ibrahim, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden Amanah Mohamad Sabu.
Tambah kenyataan itu lagi, rakyat harus bijak menolak permainan politik yang hanya mementingkan kelompok kecil dan bukannya kemaslahatan umum.
Mereka turut menyuarakan rasa yakin bahawa semua rakyat di negara ini tanpa mengira kaum, agama dan budaya sentiasa cintakan keamanan dan keharmonian untuk terus bersama menikmati hidup dalam suasana aman seperti yang pernah semua kecapi sebelum ini.

0 Comments