Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad membayangkan beliau kini berpuas hati dengan prestasi anggota kabinetnya.
Gambaran itu dapat difahami dari jawapan Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu pada kenyataannya di sidang media di Putrajaya selepas Majlis Perjumpaan Pegawai Kerajaan Bersama Perdana Menteri semalam.
"Saya rasa mereka (jemaah menteri) mempunyai pengalaman lebih dari setahun dan mereka kini lebih berkeupayaan berbanding semasa mula dahulu." jelasnya.
Sebelum ini timbul spekulasi kononnya kerajaan kekurangan anggota berpengalaman sehingga memerlukan rombakan pada kabinet dilakukan.
Seorang bekas menteri turut didakwa akan dipanggil menyertai barisan jemaah menteri.
Bagaimanapun, Dr Mahathir menolak spekulasi tersebut dengan menegaskan bahawa beliau tidak bercadang untuk membuat rombakan kabinet seperti didakwa.
“Mungkin ada tukar sikit portfolio. Tapi tiada rombakan kabinet.” tambahnya.
0 Comments