Nasib Zakir Naik dihujung tanduk, didakwa langgar perjanjian


BOLEHKAH penceramah kontroversi Zakir Naik dianggap sebagai telah melanggar perjanjian pemegang taraf Pemastautin Tetap (PR)?

Ia susulan tindakan warga asal India itu yang baru-baru ini membuat kenyataan berbaur 'politik kaum' sehingga mencetuskan rasa tidak senang dikalangan sebilangan rakyat dinegara ini.

Tun Dr Mahathir Mohamad
Menurut Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, tiada masalah untuk kerajaan memberikan ruang bebas bagi pendakwah seperti Zakir menyampaikan ceramah berkaitan agama, namun apa yang dilakukan individu itu kini dilihat sebagai keterlaluan.

"Jelas Zakir mahu terlibat dalam politik perkauman di Malaysia.

"Pertama, saya tidak tahu siapa yang memberikan beliau taraf Pemastautin Tetap (PR). Tetapi untuk menjadi penduduk tetap kamu tidak boleh terlibat dalam politik.

"Beliau bercakap mengenai menghantar (orang Cina warga negara Malaysia) ke China... itu (tindakan) politik," kata Perdana Menteri dipetik.
 

Dr Mahathir Mohamad sebelumnya bercakap pada sidang media selepas merasmikan Kongres Statistik Dunia ISI ke-62 di Kuala Lumpur semalam.

Terdahulu, dalam satu program jelajah anjuran kerajaan negeri Kelantan baru-baru ini, Zakir membuat kenyataan yang disifatkan sebagai menambah ketegangan antara kaum.

Boleh ke Arab Saudi

Zakir yang mengulas permintaan India yang mahu dirinya ektradisi berkata, rakyat Malaysia beragama Hindu lebih menyokong kerajaan India berbanding Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Beliau juga telah membuat beberapa kenyataan menguris perasaan masyarakat majmuk negara ini dengan menggelar masyarakat Cina Malaysia dengan gelaran "tetamu lama".

Sebagai 'orang luar' kenyataan Zakir yang menyentuh sensitiviti kaum itu dibidas banyak pihak termasuk pertubuhan bukan politik (NGO).

PATRIOT antara yang mengecam tindakan Zakir
Susulan itu, beberapa pemimpin kerajaan membuat kenyataan tegas supaya taraf PR zakir dilucutkan dan diusir keluar. malah banyak laporan polis turut dibuat terhadapnya.

Sebagai rekod, Zakir tampil menafikan semua tuduhan terhadapnya dan mendakwa kenyataannya mengenai orang Cina dan India rakyat Malaysia telah dipetik di luar konteks ucapannya.

Zakir sedang disiasat oleh pihak berkuasa polis susulan kenyataan berunsur politiknya.

"Kerana itu, saya fikir polis perlu menyiasat sama ada dia menimbulkan pergolakan perkauman.

"Kami sangat berhati-hati mengenai bagaimana kami mengatakan perkara yang sensitif terhadap masyarakat yang berlainan di negara ini. 

"Sekarang dia 'meniupkan' perasaan perkauman. Ini tidak bagus," tambah Dr Mahathir lagi.

Sementara itu, beliau mengalu-alukan jika terdapat negara lain yang mahu menerima Zakir. 

Dr Mahathir sebelum ini enggan menghantar pulang Zakir  ke India kerana bimbang penceramah yang terbabit tuduhan pengubahan wang haram di negara itu tidak akan mendapat perbicaraan yang adil di sana.

Difahamkan, Zakir telah diberikan kewarganegaraan Arab Saudi sejak dua tahun lalu.

Post a Comment

0 Comments