GILA ada banyak jenis gila, memang kebelakangan ini suasana di dalam negara sudah sangat gila.
Lebih seminggu dulu kita dikejutkan dengan insiden jenayah melibatkan masjid di Kedah. Dua buah masjid iaitu Masjid Pendang dan Masjid Kampung Rambai cuba dibakar.
Mujur tindakan khianat itu disedari kariah yang mahu mengerjakan solat subuh.
Suspek sudah ditangkap, pihak polis pula dilapor telah memulakan siasatan.

Andaian kita kononnya selepas suspek ditangkap perbuatan seperti ini akan berhenti nyata silap, Insiden bakar masjid terus berulang, ia seolah-olah dirancang pihak tertentu.
Baru-baru ini kita dikejutkan pula dengan kejadian hampir serupa di di Masjid Tok Keling, Jalan Alor Mengkudu di Alor Setar.
Hari ini kita sekali lagi dikejutkan dengan berita bahagian mimbar dan permaidani sebuah masjid di Kampung Padang Setol di Padang Terap pula terbakar.
Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintendan Noh Idris memaklumkan, anggotanya yang bertugas di pejabat pertanyaan pada jam 8.01 pagi tadi menerima panggilan dari orang awam memaklumkan ada kebakaran di Masjid berkenaan.
Perbuatan biadap ini bukan sahaja merugikan kariah masjid, apa yang lebih membimbangkan ia akan menimbulkan fitnah dikalangan masyarakat.
Ia sangat membimbangkan terutama dalam situasi negara yang semakin menggila sekarang. Semoga pelaku segera diheret kemuka keadilan.
Mungkin pelaku perlu dikurung dan dipenjarakan buat selama-lamanya.
Siasatan dijalankan | Sumber -Awani |

0 Comments