Tulisan Jawi: Martabatkan bahasa Melayu lebih penting



KETIKA perdebatan mengenai isu tulisan jawi telah bertukar menjadi isu politik, Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim minta semua pihak bertenang.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Motivator Malaysia di Shah Alam pada Ahad, Anwar berkata, ketika ini usaha memartabatkan bahasa Melayu jauh lebih penting berbanding perdebatan mengenai penggunaan tulisan jawi.

"Saya tak kata saya tak sokong (tulisan jawi) tetapi bagi saya yang utama adalah memastikan semua rakyat boleh menguasai bahasa Melayu.

"Ini sebagai sesuatu yang remeh (tulisan jawi) berbanding dengan usaha memperkasa dan  penguasaan bahasa Melayu pada tahap terbaik," jelasnya.

Terdahulu, segelintir pihak cuba mempolitikkan isu tulisan jawi susulan keputusan kerajaan memperkenalkan kemahiran seni itu di sekolah jenis kebangsaan.

Kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) dikritik mengenai keputusan itu walaupun usaha mengenainya difahamkan telah dilaksana sejak pemerintahan kerajaan terdahulu.

Anwar sementara itu ahu semua pihak berlapang dada dengan keputusan tersebut kerana ia tidak merugikan pelajar.

"Masyarakat perlu bersikap lebih terbuka menguasai bahasa-bahasa lain dan berhubung baik dengan semua kaum di Malaysia,"

"Nak pertingkatkan penguasaan bahasa lain, itu dibolehkan kerana ia bukan 'zero one game' (hanya satu pemenang, yang lain pihak kalah)," tambahnya.

Post a Comment

0 Comments