USAHA kerajaan memerangi penyeludupan najis dadah nampaknya semakin membuahkan hasil.
Ia berikutan kejayaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) baru-baru ini yang berjaya mengesan dan merampas apa yang didakwa bahan terlarang itu di Puncak Alam, semalam.
Sangat mengejutkan apabila jumlah rampasan itu bukan sedikit, ia mencecah berat hampir 4 tan dengan anggaran nilai RM676 juta.
Terdahulu, berita rampasan itu tular di media sosial Facebook.
Hantaran itu dimuat naik pengendali Facebook yang menggunakan akaun nama 'Kuala Selangor Official' kira-kira jam 6.30 petang semalam.
Menurut akaun Facebook tersebut, sebanyak 11 guni putih mengandungi serbuk putih dadah jenis ketamin seberat 500 kilogram.
Manakala 23, 230 ketulan mampat mengandungi serbuk putih dadah jenis kokain dengan berat kasar 3, 230 kg dadah (3.23 tan) rurut dirampas.
Sementara itu, pihak berkuasa polis mengesahkan berita rampasan itu.
"Rampasan dan siasatan dijalankan oleh JKDM.
"kami hanya mengesahkan ada satu laporan polis di Balai Polis Jeram, Kuala Selangor dibuat berhubung rampasan ini," kata Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Supt Md Asri A Wahab dalam kenyataan.
Ia berikutan kejayaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) baru-baru ini yang berjaya mengesan dan merampas apa yang didakwa bahan terlarang itu di Puncak Alam, semalam.
Pemeriksaan oleh JKDM |Sumber Awani |

0 Comments