Raih RM21 juta, BoBoiBoy ucap terima kasih



FILEM animasi tempatan BoBoiBoy Movie 2 (BBBM2) nyata mencuri perhatian ramai.

Bukan sahaja jadi bualan di media sosial, filem itu sekarang boleh disifatkan sebagai sangat berjaya.

Jika sebelum ini, filem terbitan Animonsta Studios itu berjaya meraih kira-kira RM10 juta hanya dalam tempoh 5 hari tayangan, kali ini ia  mencatatkan kutipan RM21 juta selepas 11 hari ditayangkan.

Ketua Pegawai Eksekutif Animosta Studio, Nizam Abdul Razak sebelum ini melahirkan rasa bangga dan terkejut atas pencapaian itu.

Menggabungkan elemen adiwira, pengembaraan dan komedi, ia pertama kali ditayangkan di layar perak pada 2016 melalui siri BoBoiBoy Galaxy.

Siri kedua diterbitkan melalui kerjasama Astro Shaw dengan kos RM7 juta susulan permintaan tinggi peminat yang mahu siri tersebut disambung. 

Ia menceritakan bagaimana watak utama, Boboiboy dan rakan-rakannya diserang Retak’ka.
BoBoiBoy ucap terima kasih

Rentak’ka merupakan pengguna asal Kuasa Elemental yang dimiliki Boboiboy yang ingin merampas semula kuasa Elemental untuk menjadi makhluk yang paling kuat dan menguasai galaksi.

BoBoiBoy dan rakan-rakanya perlu mencari cara untuk menghentikan Retak’ka sebelum kuasanya jatuh ke tangan yang salah.

Sementara itu dalam laman sosial Astro Shaw, BoBoiBoy dan rakan-rakan-rakannya turut mengucapkan penghargaan kepada peminat.

"Jutaan terima kasih kepada semua yang memberi sokongan terhadap filem animasi tempatan," tulis pengendali akaun tersebut.


Post a Comment

0 Comments