BEBERAPA pembaharuan dalam tatacara penganugerahan pingat dan darjah kebesaran negeri Pahang telah diperkenalkan.
Melalui tatacara baharu itu, pencalonan penganugerahan kini akan melalui proses lebih tegas.
Setiap pencalonan akan melalui Jawatankuasa Penilaian yang baru ditubuhkan dengan dipengerusikan Menteri Besar dengan dibantu Setiausaha Kerajaan negeri, Penasihat Undang-undang, Pegawai Kewangan dan Setiausaha Jumaah Pangkuan Diraja.
Turut menganggotai jawatankuasa itu kelak ialah Ketua Polis Pahang, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang, Pengarah Tanah dan Galian negeri dan mana-mana individu yang dilantik Pengerusi dengan persetujuan Raja Pemerintah.
“Kerajaan negeri berpandangan pengisytiharan ini akan memberikan jaminan integriti dan tadbir urus tatacara penilaian penerima darjah kebesaran negeri Pahang yang tinggi,” kata kenyataan media dikeluarkan kerajaan negeri.
Kenyataan itu menyebut pencalonan kini hanya boleh dibuat Raja Pemerintah, Perdana Menteri atau Ketua Setiausaha Negara, Menteri Besar, Ketua Menteri atau Setiausaha Kerajaan Negeri atau pemimpin masyarakat atau industri yang diiktiraf.
Had umur bagi pencalonan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran ‘Datuk’ dan ke atas juga diperkenalkan dengan tiada individu dibawah 40 tahun boleh dicalonkan melainkan oleh Raja Pemerintah.

0 Comments