Muzium tentera dasar laut tarikan baharu Jordan

 
PELANCONGAN adalah perniagaan, banyak negara dikurniakan pemandangan yang indah dan menarik sehingga mampu menarik ramai pelancong datang ke negara mereka.

Bagi negara-negara yang tidak memiliki banyak tarikan, sudah tentu mereka cuba melakukan sesuatu bagi menambat hati pelancong.

Kereta perisai yang ditenggelamkan
Itulah yang dilakukan kerajaan Jordan baru-baru ini,  mereka menenggelamkan beberapa kenderaan keketenteraan sekali gus merasmikan pembukaan Muzium Tentera Dasar Laut pertama negara itu.

Memetik laporan AFP, 19 aset ketenteraan yang tidak digunakan lagi antaranya kereta kebal, kenderaan perisai dan helikopter ditenggelamkan sedalam 28 meter di perairan Aqaba.

Aqaba di utara Laut Merah popular dengan aktiviti menyelam kerana mempunyai terumbu karang yang cantik.

“Semua peralatan yang ditenggelamkan berhampiran terumbu karang dan mengikut formasi taktikal.

“Muzium ini bertujuan menawarkan satu pengalaman baharu yang menggabungkan sukan, alam sekitar dan pameran untuk penyelam serta pelawat yang menaiki bot,” kata pihak Berkuasa Zon Ekonomi Khas Aqaba (Aseza) dalam satu kenyataan.

Halikopter tempur juga dipamerkan
Difahamkan, Muzium Tentera Dasar Laut itu juga mempamerkan sebuah ambulans, kren tentera dan meriam antipesawat

Bahan berbahaya daripada aset ketenteraan itu dilapor sudah dibuang terlebih dahulu bagi melindungi ekosistem di perairan berkenaan.

“Muzium ini juga mewujudkan terumbu tiruan dan pemuliharaan di kawasan karang semula jadi dengan menarik penyelam melawat ke muzium itu,” jelasnya.

Tarikan terbaru ini terletak 28 kilometer dari Kepulauan Amwaj.

Post a Comment

0 Comments