SEORANG pesara tentera kini hidup dalam keadaan tidak menentu setelah gagal memperoleh MyKad sejurus menamatkan tempoh perkhidmatan tentera sejak tiga tahun lalu.
Justan Latahang, 44, sehingga kini sebarang urusan rasmi yang membabitkan diri dan keluarganya hanya menggunakan kad pengenalan tentera yang sudah luput sejak dia tamat tempoh perkhidmatannya.
Dia yang kini tidak boleh melakukan sebarang pekerjaan bergaji bulanan berikutan tidak mempunyai sebarang kad pengenalan diri buntu memikirkan masa depan keluarganya.
“Masalah ini timbul apabila saya kembali ke Sabah untuk memohon MyKad di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Tawau selepas bersara wajib dalam tentera.
“Sewaktu memohon, pegawai di sana memaklumkan berlaku pertindihan dan kesilapan teknikal pada surat beranak saya.
“Saya dimaklumkan ada pertindihan antara nombor surat beranak saya dengan individu lain yang tidak dikenali yang didakwa menggunakan nombor siri sama dengan kepunyaan saya,” kata pesara Rejimen Renjer Diraja berasal dari Tawau Sabah itu.
Justan yang kini menetap di Padang Besar itu turut mendakwa sudah berkali-kali memfailkan rayuan di Ibu Pejabat JPN di Putrajaya, malangnya sehingga kini tiada sebarang maklum balas yang diterima sejak 2017.
“Saya sudah banyak habiskan wang berulang-alik dari Perlis ke Putrajaya serta Tawau, Sabah bagi menyelesaikan masalah ini.
“Namun sehingga kini masih tiada jawapan, malah saya sudah berulang kali membuat permohonan dan rayuan tetapi akhirnya saya diminta membuat permohonan yang baru kerana permohonan asal ditolak,” tambahnya.
Hanya mampu menyara keluarga dengan wang persaraan, Justan mmengesa agar Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri segera tampil membantu.
Justan Latahang, 44, sehingga kini sebarang urusan rasmi yang membabitkan diri dan keluarganya hanya menggunakan kad pengenalan tentera yang sudah luput sejak dia tamat tempoh perkhidmatannya.
Dia yang kini tidak boleh melakukan sebarang pekerjaan bergaji bulanan berikutan tidak mempunyai sebarang kad pengenalan diri buntu memikirkan masa depan keluarganya.
“Masalah ini timbul apabila saya kembali ke Sabah untuk memohon MyKad di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Tawau selepas bersara wajib dalam tentera.
Justan menunjukkan bukti perkhidmatan |

0 Comments