KERANA mabuk, seorang pemuda sanggup melakukan tindakan kejam yang tidak masuk akal terhadap ibunya sendiri.
Sitaram Iraon, 32 dari perkampungan Botalda dalam daerah Kharsia di India, dituduh membunuh ibunya yang berusia 50 tahun, dikenali sebagai Phoolbai, Selasa lalu.
Lebih tragis, lelaki itu dilapor turut menggoreng otak wanita malang itu di dalam kuali untuk dimakan.
Memetik media tempatan, Sitaram dilapor sering berada dalam keadaan mabuk.
Sebelum kejadian, tertuduh dikatakan berang apabila gagal mendapatkan wang bagi membeli minuman keras sebelum mengambil senjata tajam dan menikam kepala ibunya.
Polis berkata ketika ditahan, tertuduh yang dipercayai kurang waras ditemui bersembunyi di kawasan berhampiran dengan pakaian berlumuran darah.
Ketika disoal siasat, tertuduh mengaku melakukan jenayah kejam itu. Kes tersebut kemudiannya difailkan sebagai jenayah berat.
Sementara itu, adik Sitaram didakwa pernah cuba memujuk abangnya agar berhenti mengambil alkohol. Dia mengambil keputusan untuk berpindah selepas gagal memujuk abangnya itu.

0 Comments