SEORANG anggota penyelam dari Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Balai Bomba Jitra berdepan detik pilu yang tidak mungkin dapat dilupakannya.
Manakan tidak, dialah individu yang menemui sekujur mayat di dasar sungai yang merupakan sepupunya sendiri.
Mengimbas kembali kejadian pagi semalam, Nasri Abdullah, 27 berkata ketika tiba di tempat kejadian, dia melihat makciknya sendiri sedang menangis.
“Setibanya saya sampai di lokasi saya ternampak Mak Tam (ibu saudara) saya sedang menangis dan saya dapatkan kepastian siapa yang lemas.
Mayat mangsa dibawa naik ke darat | Sumber- Astro |
Pada Khamis, Shukri bersama bersama tujuh rakan yang lain dilapor turun ke Sungai Anak Bukit untuk mandi. Bagaimanapun dia dilihat terkapai-kapai di tengah sungai sebelum hilang dibawa arus.
Difahamkan, mangsa merupakan pelajar Pondok Darul Taqwa di Padang Katong, Perlis. Dia dikatakan datang ke kawasan itu untuk memunggah kayu dan papan untuk di bawa pulang bagi membina pondok di pusat pengajiannya.
Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain memaklumkan anggotanya menghadapi kesukaran untuk mencari mangsa berikutan keadaan struktur bawah sungai yang berlekuk dan berbatu.
“Mangsa terlekat dalam sungai pada buluh. Ini yang menyukarkan pencarian kita dan keadaan sungai juga menyusahkan dari segi penglihatan kita dan menyukarkan pada waktu pertama kalinya,” kata Mohamadul.
0 Comments