WAWASAN Kemakmuran Bersama dan dasar-dasar yang dibentuk kerajaan adalah untuk merealisasikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju, bermaruah dan merdeka.
Dalam perutusan Hari Kebangsaan 2019 sempena ulang tahun kemerdekaan ke-62, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan kerajaan sedang menumpukan untuk menyediakan taraf hidup yang wajar kepada semua rakyat Malaysia.
Usaha itu jelasnya sebagai sebahagian dalam usaha memajukan negara.
“Ia sedang digerakkan dengan objektif menjadikan Malaysia lebih cemerlang dan menjadi antara paksi ekonomi penting di Asia.
"Pada masa sama, usaha juga dipergiat untuk meningkat kuasa beli rakyat dan menghapus jurang pendapatan dan kekayaan antara kelas, kaum dan wilayah," jelasnya dipetik Bernama.
BACA: Merdeka 62 tahun, tapi politik fitnah terus menjajah
Tambah Dr Mahathir, matlamat kerajaan hari ini adalah untuk terus membangun negara secara mampan yang seiring dengan pengagihan ekonomi yang adil dan inklusif di setiap peringkat rantaian nilai, kelas, kaum dan geografi menjelang 2030.
Namun tegasnya pengenalan wawasan dan dasar-dasar itu tidak akan tercapai kecuali sistem pentadbiran bersama mendokong dan menyokong usaha-usaha itu.
Sejajar dengan tema Hari Kebangsaan tahun ini Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih, kerajaan tegasnya mahu membersih negara daripada amalan rasuah yang mampu menggagalkan usaha untuk memberi kemakmuran bersama kepada semua rakyat.
“Untuk memastikan dasar-dasar kerajaan tidak disabotaj oleh mereka yang menyalahguna kuasa dan menerima rasuah, maka kerajaan telah meletakkan usaha membanteras rasuah sebagai salah satu objektif utama,” katanya lagi.

0 Comments