RAKYAT Malaysia merasa tidak senang dengan isu-isu perkauman yang sengaja disensasikan pihak tertentu sepanjang sebulan lalu.
Tidak dapat dinafikan, isu yang didendangkan secara keterlaluan itu terutama ketika kita mahu menyambut ulang tahun kemerdekaan hampir membuatkan suasanadalam negara hampir menjadi kacau.
Justeru sebagai rakyat yang cintakan negara, kita seharusnya matang menilai khususnya perkara-perkara yang menjurus kepada perpecahan dalam negara.
Wan Azizah ketika sambutan kemerdekaan di Ampang |
Tegasnya, tiada tempat dalam institusi masyarakat bagi mereka yang sengaja menyemai benih-benih perpecahan
BACA: Jangan bunuh Malaysia, kata Chong Wei
“Sikap adu domba dalam menyemarakkan api perkauman haruslah ditolak sama sekali
“Memelihara sensitiviti dan menolak sikap perkauman akan memperkukuhkan perpaduan…sikap saling hormat menghormati khususnya dalam mengamalkan kebebasan beragama dan budaya, haruslah disemai dalam setiap warganegara,” katanya.
Wan Azizah turut berpesan perpaduan dan toleransi sesama masyarakat merupakan kunci sebenar keutuhan kemerdekaan negara, sikap saling bekerjasama serta bertolak ansur pula jelasnya adalah tunjang kemanan sejagat.
"Kemajuan negara bukan sekadar pada nama, tetapi maju terhadap sikap dan pemikiran setiap warganegara adalah penanda aras untuk mencapai tahap negara maju," tambahnya lagi.
0 Comments