Merdeka 62 tahun, tapi politik fitnah terus menjajah


BIARPUN negara telah mencapai ulangtahun kemerdekaan ke 62 tahun ini, namun masih ada sebilangan rakyat yang terus membiar pemikiran mereka terus dijajah politik jijik.

Ini terbukti apabila mereka tidak berlapang dada untuk berhujah isu politik dengan fakta sebaliknya lebih suka bermain fitnah.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng baru-baru ini menjadi mangsa apabila ada pihak yang menyebar gambarnya yang disertakan kenyataan yang tidak pernah dibuatnya.

Petikan gambar palsu disebar di media sosial
Dua gambar tersebar di media sosial dengan kenyataan pertama menunjukkan seolah-olah Guan Eng berkata ‘Henti beri bonus dan duit raya kepada penjawat awam’.

Manakala gambar kedua pula dengan kenyataan kononnya Guan Eng mengarahkan agar ribuan doktor Melayu Islam yang belajar di Mesir tidak diiktiraf kelayakan mereka.

Pada gambar berkenaan turut tertulis perkataan ‘PH penghapusan hak Islam dan Melayu’.


Sebenarnya, Guan Eng tidak pernah mengeluarkan kenyatan seperti yang didakwa.

Setiausaha Akhbarnya, Lutfi Hakim berkata, gambar yang tular dalam media sosial adalah palsu dan mesej itu bertujuan memfitnah menteri dan menimbulkan kerisauan orang ramai.

“Tuduhan ini palsu, tidak berasas dan amat keterlaluan kerana cuba timbulkan sentimen perkauman dan mengurangkan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan.

“Diharapkan polis dapat menyiasat asal-usul gambar tersebut dan individu yang bertanggungjawab mencipta dan menyebarkan gambar dan kenyataan palsu berunsur fitnah dan berniat jahat tersebut,” katanya dalam satu kenyataan

Sehubungan itu dua laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi berkaitan hantaran tersebut.

Sebagai rekod, tindakan menyebarkan gambar itu merupakan perbuatan jenayah di bawah pelbagai undang-undang termasuklah Kanun Keseksaan (terutamanya seksyen 505, 500, 124H, 124I) dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Seksyen 233).

Post a Comment

0 Comments