Farid Kamil kene 'ranjau' kawan sendiri?



PELAKON Lagenda budak setan , Farid Kamil Zahari mendedahkan beliau diberi sebatang rokok dan air teh yang menyebabkannya mengalami pening dan setengah waras.

Memetik laporan Sinar, Farid Ketika prosiding pembelaan kes terhadapnya berkata menerima panggilan daripada seorang artis lelaki yang mengajaknya 'lepak'

Ketika datang ke pejabat artis itu di Damansara sekitar 10 malam hari sama, Farid berkata dia diperkenalkan pula dengan dua lelaki ahli kumpulan musik R&B popular sekitar tahun 90-an.

"Waktu itu saya ternampak salah seorang daripada dua rakan baru itu mengeluarkan tembakau dari beg hitam sebelum membalutnya dengan kertas putih.

"Sebagai perokok, saya ada keinginan untuk merokok tetapi malangnya rokok tertinggal dalam kereta.

"Saya kemudian nak ambil rokok, tetapi kenalan baru itu beritahu tidak perlu dan hisap sahaja rokok dibalutnya itu," katanya pengarah berusia 38 tahun itu.

Farid ketika ditahan polis Januari lalu
Tambah Farid, beliau yang tidak mengesyaki apa-apa mengambil dan menghisap rokok berkenaan.

"Kemudian rasa tidak selesa pada badan dan tekak serta pening. Saya tak pernah rasa pening macam itu seumur hidup saya.

"Kami terus sembang sebelum saya minta air kerana tekak semakin kering. Artis itu kemudian memberitahu di sini tiada air dan perlu balik untuk mengambil air. Selepas 10 minit, artis itu datang bersama dulang yang ada empat cawan dan teko berisi air teh," jelasnya ketika menjawab soalan peguam, Amirul Ridzuan Hanif.

Farid turut mendakwa, dia kemudiannya tidak ingat apa-apa dan hanya sedarkan diri apabila dikejutkan seorang pegawai di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail.

Pada 21 Jun lalu, mahkamah itu memerintahkan Farid Kamil membela diri atas empat pertuduhan termasuk mencederakan anggota polis di Balai Polis Trafik Kota Damansara selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan prima facie di akhir kes pendakwaan.

Dia dituduh dengan sengaja mendatangkan kecederaan kepada dua individu serta didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan niat untuk menghalangnya tugas penjawat awam. Perbiaraan dijadualkan akan bersambung pada 23 dan 24 September ini.

Post a Comment

0 Comments