KOTA Manokwari dan Jayapura di Papua Barat tegang dan hampir melumpuhkan aktviti bandar itu setelah berlaku rusuhan pada Sabtu lalu.
Rusuhan itu yang didakwa berpunca dari isu perkauman dan penghinaan etnik telah menyebabkan urusan harian warga bandar itu terganggu.
Beberapa jalan dilapor telah disekat demostran dan warung-warung makan dirosakkan sehingga menyebabkan penduduk berada dalam keadaan ketakutan.
Bangunan parlimen tempatan juga dilapor turut dibakar.
“Pusat bandar, pasar, pelabuhan semuanya berada bersebelahan bangunan parlimen, selain pusat beli belah. Segalanya terjejas. Sebenarnya seluruh bandar tidak berfungsi ketika ini, jika tidak lumpuh sepenuhnya,” kata Timbalan Gabenor, Mohamad Lakotani.
Sementara itu, seorang warga Manokwari, Edi Hartanto dipetik berkata, himpunan itu menyebabkan penduduk tidak berani keluar rumah.
Difahamkan, kemarahan itu dicetuskan oleh penahanan beberapa penuntut Papua di Surabaya, Jawa Timur kerana membengkokkan tiang bendera di hadapan dorm masing-masing ketika menyambut Hari Kebangsaan Indonesia pada 17 Ogos lalu.
Polis didakwa menembak gas pemedih mata di dalam bilik asrama sebelum menahan 43 pelajar yang turut digelar sebagai ‘monyet’ oleh pihak berkuasa ketika operasi.
Gabenor Papua, Lukas Enember berkata penduduk wilayah berkenaan berang dengan penggunaan perkataan berbaur perkauman digunakan masyarakat Jawa Timur, polis dan tentera terhadap mereka
Sebagai rekod, gerakan pemisah sekian lama menyelubungi Papua walaupun terdapat kekerapan laporan berhubung pencabulan hak asasi manusia oleh pasukan keselamatan Indonesia.
Rusuhan itu yang didakwa berpunca dari isu perkauman dan penghinaan etnik telah menyebabkan urusan harian warga bandar itu terganggu.
Beberapa jalan dilapor telah disekat demostran dan warung-warung makan dirosakkan sehingga menyebabkan penduduk berada dalam keadaan ketakutan.
Bangunan parlimen tempatan juga dilapor turut dibakar.
Bangunan Parlimen dibakar | Sumber-EPA |

0 Comments