Kontrovesi Zakir Naik: Tuduhan munafik mengarut




TUDUHAN kononnya umat Islam dianggap munafik sekiranya bersetuju agar kerajaan mengalau keluar penceramah kontrovesi Zakir Naik dari negara ini dianggap mengarut.

Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin berkata, tuduhan tersebut sangat berat dan keterlaluan.

"Maaf jika saya kata, tuduhan itu amat mengarut dari seorang yang bagi saya, berfikir dengan pemikiran berserabut.

“Ia menggambarkan mentaliti yang amat bahaya yang amat mudah menghukum seseorang.Jika kita mengkaji gejala atau sindrom extremism ( ghuluw/melampau)," katanya dipetik satu kenyataan.

Dalam “Sulh al-Hudaibiyyah” antara Nabi s.a.w dan kaum musyrikin Mekah, Nabi tetap mematuhi terma perjanjian

Timbalan Menteri Undang-undang itu dipercayai mengulas kenyataan Presiden PAs, Abdul Hadi Awang yang berkata terdapat beberapa individu daripada kalangan penganut Islam memperkecilkan penceramah asal India itu tanpa pengetahuan yang sebenar.

Katanya "Hanya orang Islam yang munafik sahaja atau imannya berpenyakit atau hilangnya kemanisan iman di dalam diri, sehingga menjadi laksana orang yang tidak kenal lampu isyarat merah dan hijau..jadi jangan langar lampu merah.

Tambah Hadi lagi, sebagai seorang Islam, sepatutnya memberi perlindungan kepada saudara seagama dan mempertahankannya daripada difitnah.

“Ya, Islam amat menekankan isu persaudaraan ( ukhuwah ). Tetapi, secara jujur , saya ingin bertanya adakah persaudaraan itu tanpa bersyarat dan tanpa sempadan tertentu”?

“Adakah hujah persaudaraan Islam misalnya hingga menjustifikasi umat Islam untuk secara mudah melanggar perjanjian ? Atau melanggar sebarang piagam atau norma norma dan undang undang antarabangsa yang didasari oleh ruh diplomasi atau ruh mematuhi perjanjian atau prinsip tidak campurtangan yang telah disepakati oleh komuniti antarabangsa ?" Soal Hanipa.

Hanipa sementara itu mempersoalkan mengapakah dalam “Sulh al-Hudaibiyyah” antara Nabi s.a.w dan kaum musyrikin Mekah, Nabi tetap mematuhi terma perjanjian meskipun ia mengakibatkan seorang muslim yang ditawan kaum musyrikin Mekah yang tidak dapat ikut kembali bersama rombongan Nabi pulang ke Al-Madinah dan dibiarkan sahaja bersama musuh Islam.

"Adakah kita berani menyatakan Rasulullah saw tidak peduli soal persaudaraan Islam?

"Bukankah ini menunjukkan pematuhan kepada perjanjian walaupun bersama bukan muslim adalah yang dianjurkan dalam Islam dan ia melampaui anggapan persaudaraan?" soalnya.

Post a Comment

0 Comments