SEORANG bekas pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bergelar 'Datuk' sedang disiasat atas tuduhan menyeludup barang yang tidak mendapat kelulusan kastam.
Malaysiakini dalam laporannya berkata, sepasukan pegawai bahagian penguatkuasaan kastam Selangor membuat serbuan stor di Telok Gong, Klang pada 1 Julai lalu sebelum menemui kesalahan mengejutkan.
"Hasil pemeriksaan pegawai kastam menemui sejumlah minuman keras diseludup masuk yang disembunyikan dalam sebuah lori.
"Apa yang mengejutkan adalah lori tersebut didaftar atas nama sebuah syarikat milik seorang 'Datuk' yang juga bekas pegawai kastam," lapor portal itu yang memetik sumber tidak dinamakan.
Difahamkan, pihak kastam merampas lori tersebut bersama barang seludupan.Dua individu ditahan untuk soal siasat.
Individu bergelar 'Datuk' itu juga didakwa mempunyai pengalaman luas dalam bidang menjual dan membeli minuman keras selama hampir 20 tahun.
Kes itu dikatakan disiasat di bawah Seksyen 135 (1)(D) Akta Kastam 1967 atas kesalahan memiliki, menyimpan dan menyembunyikan barangan dilarang pengimportannya.

0 Comments