Karya 'Mowgli Malaysia' ke Itali




GAMBAR ‘Mowgli Malaysia’ bersama kerbaunya sekali lagi diangkat ke persada antarabangsa. 

Jurugambar, Mohd Nazri Sulaiman menerusi laman sosial Facebooknya memaklumkan, gambar berjudul ‘Sharing Emosi’ (Berkongsi Emosi) akan dipamerkan di sebuah geleri di Itali sempena pameran imej terbaik Alfred Fried Photography Award 2018.

 “Alhamdulillah. Gambar saya terpilih untuk dipamerkan di galeri di Rom, Itali dan beberapa buah negara di sekitar Eropah.

Mohd Nazri Sulaiman
 “Adik Syukur Khamis - Kampong Boy, sampai Eropah gambar mu ni. Kebanggaan Terengganu, kebanggaan Malaysia..Alhamdulillah,” tulisnya. 

Gambar bidikan Mohd Nazri itu sebelum ini mendapat perhatian ramai, Ia memaparkan Muhammad Syukur Khamis, 14, duduk bersandarkan seekor kerbau di kawasan lumpur manakala sekumpulan lagi haiwan itu berkerumun di belakangnya. 

Karya yang dianggap sebagai menyentuh emosi itu sebelum ini diangkat sebagai Imej Asia 2018 oleh Asian Geographic bagi kategori Jalanan/Orang Terbaik. 

Syukur, pelajar tingkatan dua di Sekolah Kebangsaan Padang Midin, Kuala Terengganu diberi jolokan ‘Mowgli Malaysia’ kerana kemesraan dan kemampuan menjinakkan haiwan peliharaan ayahnya.

Syukur bersama rakan-rakannya |Sumber @dallahdeen
Beliau baru-baru ini membintangi filem Budok Kuba yang mengisahkan perjalanan hidup seorang budak bernama Amar yang menemui ketenangan di kalangan kerbau-kerbau dan haiwan ternakan lain milik datuknya, Pak Mail.

Post a Comment

0 Comments