SIAPA tidak mengenali Gunung Fuji, Ia merupakan simbol Jepun yang terkenal dan sering digambarkan dalam karya seni dan gambar.
Terletak di sempadan Prefektur Shizuoka dan Yamanashi, gunung ini terletak kira-kira 100 kilometer di barat Tokyo.
Bukan sahaja menjadi simbol kemegahan negara mata hari terbit itu, Gunung Fuji menyambut kehadiran kira-kira 200,000 orang setiap tahun. Lazimnya ramai pendaki cuba menakluk puncak gunung berapi separa aktif ini pada musim panas terutama diantara awal Julai hingga akhir bulan Ogos.
Tetapi mendaki gunung ini bukan semudah disangka, Pendakian boleh memakan masa dari 3 hingga 7 jam sementara penurunan gunung mencapai sekitar 2 hingga 5 jam.
Pendaki juga mungkin berdepan pelbagai cabaran antaranya cuaca dan risiko lain juga.
Baru-baru ini, seorang pendaki Russia dilapor maut ketika melakukan pendakian.
Mangsa, seorang pendaki wanita dipetik laporan agensi berita antarabangsa AFP maut berhampiran puncak setinggi 3,776 meter itu.
Polis berkata, pendaki wanita yang berusia lingkungan 20-an mengalami cedera parah selepas dihempap batu.
“Penyelamat dan doktor dikejarkan ke tempat kejadian namun mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia,” kata seorang pegawai polis tempatan seperti dilapor agensi tersebut.
Jika anda bercita-cita mahu menakluk gunung ini, pastikan anda telah cukup persediaan dari segi mental dan fizikal.
Langkah berhati-hati juga perlu dititik beratkan sepanjang pendakian agar tidak berlaku sebarang insiden yang tidak diingini.
Sudah pastinya menakluk gunung ini menjadi impian para pendaki, apa lagi ia sendiri diisytiharkan sebagai tapak Warisan Dunia UNESCO pada 2013.
Terletak di sempadan Prefektur Shizuoka dan Yamanashi, gunung ini terletak kira-kira 100 kilometer di barat Tokyo.
Bukan sahaja menjadi simbol kemegahan negara mata hari terbit itu, Gunung Fuji menyambut kehadiran kira-kira 200,000 orang setiap tahun. Lazimnya ramai pendaki cuba menakluk puncak gunung berapi separa aktif ini pada musim panas terutama diantara awal Julai hingga akhir bulan Ogos.
Fuji menawarkan pemandangan indah |

0 Comments