TERMINAL Feri Antarabangsa Kukup di Pontian berhenti beroperasi buat sementara waktu mulai 1 September ini.
Keputusan itu dibuat susulan keputusan kerajaan negeri Johor mengambil alih operasi pengendalian terminal feri itu selepas membuat keputusan menamatkan perkhidmatan syarikat konsesi sebelum ini.
Sebagai rekod, terminal feri ini menghubungkan Johor dengan Pelabuhan Tanjung Balai dan Pelabuhan Sekupang Pulau Batam di Indonesia.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur dan Pengangkutan negeri Mohd Solihan Badri berkata, susulan penutupan sementara itu, operasi feri kini dipindahkan ke ke Terminal Feri Antarabangsa Puteri Harbour, Iskandar Puteri bermula Ahad ini.
Menghubungkan Malaysia dan Indonesia | Sumber- Google |
“Kami sudah memberi nasihat dan amaran untuk memperbaiki keadaan tetapi ia tidak dipenuhi,” katanya dipetik.
Difahamkan, keputusan kerajaan negeri itu diputuskan minggu lalu dalam mesyuarat membabitkan Unit Perancang Ekonomi Negeri dan jawatankuasa yang ditubuhkan sebulan lalu.
syarikat konsensi akur dengan keputusan keputusan tersebut dan dilapor telah mula memindahkan peralatan milik mereka.
Sementara itu, ketika mengulas nasib terminal itu, Mohd Solihin berkata, ia bakal diserahkan kepada PAJ.
“Bila PAJ ambil alih, ia bergantung pada PAJ bagaimana melengkapkan semula terminal itu sebelum beroperasi semula,” katanya.
0 Comments