Setelah 11 tahun, kucing hilang bertemu pemiliknya


SETELAH sekian lama terpisah, Tiger, seekor kucing yang sesat akhirnya dapat bertemu semula pemilik asalnya, Maggie Welz.

Portal metro.uk menerusi perkongsiannya baru-baru ini menceritakan kisah ajaib itu.

Tiger, yang kini berusia 14 tahun dilapor hilang selepas pintu rumah Maggie dibiarkan terbuka sebelas tahun lalu dan tidak pernah pulang.

“Malangnya ada yang membuka pintu dan dia melarikan diri dan tidak pernah kembali.

"Kami sangat marah dan akhirnya setahun kemudian kami berpindah ke rumah lain, kira-kira 10 rumah dari rumah itu,” katanya Maggie mengenang kisah kehilangan Tiger.

Tidak berputus asa, keluarga Maggie turut meminta bantuan jiran agar memaklumkan kepadanya jika ternampak kucing mirip Tiger, walaupun merasa yakin haiwan kesayangan mereka akan pulang, sepanjang tempoh itu pencarian mereka tidak berhasil.
Carol mencari pemilik asal Tiger | Sumber -UPI
Tiger diselamatkan seorang staf penyelamat Persatuan Kebajikan dan Perlindungan Haiwan (SPCA).

Pegawai SPCA, Carol O’Connell berkata, dia mengambil keputusan untuk menjaga seekor kucing liar yang telah datang dari rumahnya.

“Setiap kali dia datang ke rumah saya, kesihatan semakin merosot, dan ketika itulah saya menyedari sama ada seseorang meninggalkannya, hilang atau dia hanya kucing liar,” kata Carol.

BACA: Jadi badut demi kucing kesayangan

Susulan rasa curiga, dia akhirnya cuba meminjam pengimbas cip pengenalan haiwan dari tempat perlindungan. Akhirnya dia dapat mencari pemilik asal Tiger iaitu Maggie yang telah terpisah lebih satu dekad dulu.
 
"Sekarang, dia kembali dengan keluarganya yang tidak pernah dilihatnya sejak dia berusia 3 tahun," kata Carol.

Sementara itu, Maggie merakamkan rasa berterima kasih kepada keluarga Carol atas didikasi mereka menjaga Tiger serta mencari siapa pemilik asal haiwan kesayangannya itu.

“Saya tidak tahu di mana dia selama bertahun-tahun, saya pasti dia boleh memberitahu kita banyak cerita. Sekarang (Tiger) tinggal bersama kami dan akan bersama kami untuk sepanjang hidupnya,” tambah Maggie.

Post a Comment

0 Comments