Toyota TJ Cruiser: praktikal namun ada gaya


SUDAH jadi trend pengeluar syarikat kenderaan Jepun suka tampil dengan konsep pelik dan aneh.

Walaupun awalnya kebanyakkan konsep itu dilihat tidak praktikal, namun akhirnya ia diterima sehingga jadi trend dalam dunia pemotoran.



Pandangan sisi depan
Salah satu konsep yang awalnya dilihat pelik ialah kenderaan dengan bentuk kotak, konsep itu sekarang banyak digunakan pada kenderaan segment K-car.

Baru-baru ini, ada khabar angin mengatakan, Toyota bakal memproduksi sebuah model yang menggunakan konsep ini.

Dikenali sebagai Toyota TJ Cruiser ia adalah rekaan yang menggabungkan van dan SUV serta pernah  dipamerkan di Tokyo Motor Show 2017.

Menurut laman sesawang Jepun, Best Car Web, kenderaan ini akan 
mula dijual seawal tahun 2020. 

Pandangan sisi belakang
Antara ciri menarik kenderaan ini ialah ia bakal ditawarkan dalam layout dua baris dan juga tiga baris, bergantung kepada permintaan dari pelanggan.

Kerusi baris kedua dan ketiga boleh dilipat dengan rata bagi memudahkan anda meletakkan barangan yang sangat panjang.

Dari segi kuasa, kenderaan serba baharu ini dijangka bakal  kan menggunakan sistem pacuan semua roda, Ia bakal dikuasakan dengan enjin 1.8 liter petrol hibrid empat silinder sebaris daripada Corolla Hybrid. 


Papan pemuka TJ Cruiser kemas dan moden
Laman sesawang itu turut mengambarkan TJ Cruiser mempunyai dimensi yang lebih pendek berbanding C-HR, namun lebih tinggi bagi meningkatkan lagi kapasiti muatan yang boleh ditawarkan.

Sekiranya kenderaan ini dipasarkan kelak, ia mampu menjadi pilihan warga bandar kerana faktor praktikaliti-nya.

Post a Comment

0 Comments