Sakit punggung: Rafizi perli Najib


TINDAKAN Peguam Najib Razak, Muhammad Shafee Abdullah yang mahu anak guamnya mendapat layanan lebih selesa ketika hadir ke prosiding mahkamah mendapat kecaman.

Di media sosial, rata-rata warganet dilihat kurang senang dengan permintaan Shafie yang meminta agar kerusi kayu diduduki bekas perdana menteri itu dipasang kusyen tidak wajar dibangkitkan.

Kerusi dalam kandang tertuduh | Sumber - Malaysiakini
Permintaan itu turut mencuri perhatian Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli.

Menerusi ciapan dalam laman mikro Twitter rasminya, Rafizi  berkata, Najib sepatutnya gembira kerana tidak menanggung nasib seperti orang lain yang didakwa di mahkamah termasuk dirinya sendiri.

“Hahaha..okay la itu. Paling kurang tidak perlu berkaki ayam, gari dan pakai baju ungu. Lepas itu, duduk dalam kandang tertuduh bertahun-tahun.

"Kita okay sahaja, tak pernah merungut,” ciapnya.

Sebagai rekod Rafizi yang juga merupakan bekas Ahli Parlimen Pandan pernah beberapa kali diheret ke Mahkamah, ia antaranya membabitkan pendedahan berkaitan isu penyelewengan dana Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

Rafizi pernah dipakaikan pakaian lokap
Selain menggesa tempat duduk lebih selesa disediakan untuk Najib, Shafee turut berkata, anak guamnya tidak seharusnya ditempatkan di kandang berpagar kerana Najib sudah diikat jamin.

Tindakan menempatkan Najib dalam kandang tertuduh dengan tempat duduk tidak selesa itu jelasnya selah-olah satu hukuman buat bekas Presiden Umno itu.

Najib dihadapkan tujuh pertuduhan berkaitan penyelewengan dana SRC International Sdn. Bhd. berjumlah RM42 juta dan pihak pendakwaan menutup kes itu hari ini.

11 November depan ditetapkan sebagai tarik bagi keputusan sama ada Najib perlu membela diri atau dibebaskan.

Post a Comment

0 Comments