CADANGAN pelaksanaan perkhidmatan teksi motosikal atau Go-Jek di negara ini mendapat pelbagai reaksi dari natizen.
Tinjauan
awal di laman sosial mendapati kebanyakkan mereka kurang bersetuju
dengan cadangan yang asalnya dikemuka Kementerian Belia dan Sukan (KBS)
itu.
Bancian dibuat Berita Harian di laman mikro
twitternya kurang 24 jam selepas kabinet dilapor bersetuju secara
prinsip atas cadangan itu menunjukkan 52 peratus warganet menolak
pelaksanaan Gojek.
Rata-rata mereka mempersoalkan tahap keselamatan bakal pelanggan yang mahu menggunakan perkidmatan tersebut.
"Kalau
betul nak perkenalkan Gojek..jaga keselamatan penunggang motosikal
dahulu. Jalan motor tak terjaga. banyak kemalangan melibatkan
motosikal," kata Merlin.
Pandangan serupa turut
diberikan Zairil Kamal, dalam satu komen di laman Facebook beliau
berkata perkhidmatan itu kurang sesuai dilaksanakan kerana kadar
kemalangan melibatkan motosikal di negara ini sangat tinggi iaitu
sebanyak 60 peratus.
"Itu fakta, jadi tak perlulah,"jelasnya.
Mengapa tidak DegoRide?
Selain
faktor keselamatan, rata-rata warganet yang kurang senang dengan
cadangan itu turut mempertikai mengapa kerajaan terpaksa mengambil model
perkhidmatan yang diasaskan di negara jiran Indonesia itu.
Tegas
mereka, Malaysia pernah mewujudkan sistem serupa yang dikenali DegoRide
yang sebelum ini dihentikan atas kononnya faktor keselamata.
"Bagaimana pula dengan pelopor dan perintis e-hailing motosikal pertama Malaysia yang tidak diluluskan dahulu, DegoRide?
Mungkin tidak secanggih Go-Jek tapi bukan produk anak watan, anak tempatan patut di utamakan dulu," kata Afdzal Adeni Awang.
Semalam,
Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof berkata,
Kabinet sudah memberi lampu hijau bagi perkhidmatan itu.
Namun jelasnya, KBS dan Kementerian Pengangkutan (MOT) perlu tampil memperincikan undang-undang berkaitan secepat mungkin.
Sementara
itu, disebalik bantahan dibuat sebahagian besar warganet, ada juga yang
bersetuju dan menyambut baik cadangan tersebut.
Menurut
Shah Sneijder, perkhidmatan itu bagus utk perjalanan dekat dan mereka
yang berpendapatan rendah kerana perkhidmatan bas di negara ini masih
kurang efisyen.
Caj dikenakan perkidmatan tambang teksi dan grab pun tambahnya terlalu mahal buat golongan kurang berkemampuan.
Ada juga warganet yang berpendapat, pengenalan perkhidmatan tersebut sebagai peluang bagi golongan muda menambah pendapatan.
0 Comments