Mangsa rumah meletup meninggal



MANGSA letupan di tingkat 20 Pangsapuri Green Garden, Jalan Paya Terubong, George Town baru-baru ini dilapor telah meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang yang dipetik potal Awani memaklumkan perkara itu.

Mangsa dikenali sebagai Lee Kok Eang, 62, sebelum ini menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang susulan melecur hampir 80 peratus dalam kejadian letupan Ahad lepas.

Keadaan dinding rumah mangsa |Sumber - JBPM
Hasil laporan bedah siasat mendapati kecederaan parah selepas melecur di seluruh anggota badan sebagai punca kematiannya.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.15 pagi itu, sebahagian dinding rumah pangsa di tingkat 20 pangsapuri itu runtuh kerana letupan.

Kesan daripada letupan itu juga turut menyebabkan rumah jiran mengalami keretakan di dinding


BACA: Rumah pangsa meletup, dinding roboh

Hasil siasatan mendapati kejadian berpunca akibat kebocoran gas dan percikan api dari pemetik api mangsa yang mahu menyalakan api rokoknya.

Akibat letupan itu, mangsa melecur teruk di badan manakala, anak lelaki, menantu dan cucu mangsa tidak cedera.

Post a Comment

0 Comments