Matrix 4 bakal muncul, rahsia kod hijau terdedah



MATRIX, boleh dianggap sebagai antara filem sains fiksyen terbaik pada lewat tahun 90-an.

Filem penuh aksi arahan Lana Wachowski dan Andy Wachowski itu terkenal dengan aksi "slow-motion', ia menjadi fenomenal ketika itu.

Membolot empat Anugerah Akademi, filem pertama itu dapat disifatkan sangat berjaya. Dengan sambutan luar biasa, dua siri sekuel iaitu Matrix Reloaded dan The Matrix Revolution yang kedua-duanya dihasilkan pada 2003.

Filem Matrix secara kolektif memperoleh lebih AS$1.6 bilion bagi ketiga-tiga sekuelnya dan kemudian terus hilang.

Namun ada berita baik buat peminat filem penuh aksi itu.

Portal berita hiburan Variety melaporkan bahawa filem keempat dalam siri itu bakal memulakan produksi pada awal tahun depan.

Antara aksi dipaparkan | Sumber-filmfreedonia
Pelakon asal, Keanu Reeves dan Carrie-Anne Moss sekali lagi bergandingan dalam filem tersebut dengan membawa watak Neo dan Trinity. Manakala Lana Wachowski kekal sebagai pengarah bagi filem terbahru itu.

Morpheus, watak protagonis yang sebelum ini yang dilakonkan Laurence Fishburne pula bagaimanapun dikatakan bakal dimainkan oleh pelakon yang lebih muda. Ada sumber mendakwa ia bakal dilakonkan pelakon Michael B. Jordan.

“Kami sangat teruja untuk menghasilkan filem Matrix, terutamanya apabila ia diarahkan oleh Wachowski.

“Wachowski adalah seorang yang mempunyai visi yang jelas selain seorang pengarah yang kreatif dan kami sangat teruja apabila dia juga turut menulis dan menjadi penerbit bagi Matrix edisi terbaharu ini, jelas Pengerusi Warner Brothers Picture Group Toby Emmerich dipetik.

Buat masa ini, tiada butiran mengenai plot filem terbaharu tersebut didedahkan kepada umum.

Sementara itu, apa yang paling menarik pada filem ini ialah kod-kod rahsia berwarna hijau yang bergerak "random' pada paparan skrin hitam di pembukaan filem ini.

Ada yang mengandaikan bahawa kod-kod tersebut yang menjadi begitu ikonik adalah mesej tertentu yang sengaja dipaparkan.

Sebahagian orang percaya mesej-mesej tersebut ialah kod-kod illuminati yang disebarkan bagi menjayakan agenda New World Order (NWE). Namun benarkah dakwaan-dakwaan itu?

Sememangnya kod-kod tersebut ada mesej tersendiri. Bagaimanapun jangan salah faham, ia tiada kaitan dengan agenda illuminati.

Kod rahsia Matrix timbulkan spekulasi |Sumber- Google
Seorang krew filem, Simon Whiteley yang bertanggungjawab mencipta kod-kod tersebut semasa diwawancara portal teknologi CNET mendedahkan sememangnya paparan hijau itu sememangnya ada maksud tersendiri.

Ia sebenarnya merupakan carta-carta resepi sushi yang disalin dari buku resepi berbahasa jepun milik isterinya.

Carta-carta itu menurutnya kemudian dimanipulasi dalam bentuk digital dengan menggabungkan karekter Hiragana, Katana dan Kanji sehinga menjadi kod-kod sangat pelik.

Jika anda penggemar filem matrix dan penggemar sushi, anda mungkin boleh cuba menghurai resepi dipaparkan itu.

Post a Comment

0 Comments