WARGA Selangor kini boleh mendapatkan produk berasaskan pertanian segar dari ladang dan kilang dengan harga lebih murah.
Ia susulan usaha Kerajaan Negeri mewujudkan lapan tapak pasar kekal baharu bagi menjual barangan berasaskan produk tersebut terus kepada rakyat pada September ini.
EXCO Pemodenan Pertanian Dan Industri Asas Tani, Ir Izham Hashim berkata, program itu bukan sahaja memberi peluang pengguna mendapatkan produk lebih bermutu tinggi.
Ir Izham Hashim |
“Kadangkala tanaman itu banyak tetapi tiada tempat untuk dipasarkan, kita memikirkan untuk melengkapkan rantaian tersebut dari ladang sampai kepada pengguna di outlet sesuai.
“Peserta diwajibkan mengusahakan jualan di tapak berkenaan manakala produk dibawa mereka adalah langsung dari ladang selain tidak dibenarkan ada orang tengah yang menjalankan perniagaan di pasar terbabit,” katanya dipetik SelangorKini.
Difahamkan, program tersebut diwujudkan dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).
Sebanyak 87 lokasi di sembilan daerah telah beroperasi sejak awal tahun ini dengan nilai jualan sebanyak RM5.2 juta.
0 Comments