M'sia sibuk kereta terbang, S'pura bangun bas autonomi




KETIKA Malaysia masih berimpikan cita-cita membangunkan kereta terbang, negara jiran Singapura lain pula halnya.

Mereka kini dilapor sedang membangunkan sistem pengangkutan autonomi yang kelihatannya lebih realistik.

Menurut agensi berita AFP, syarikat ST Engineering bakal melakukan ujian percubaan bas tanpa pemandu di Pulau Sentosa.

Ia dilihat sebagai usaha awal negara itu mewujudkan sistem pengangkutan awam darat autonomi sepenuhnya di seluruh Singapura.

Singapura pilih pendekatan realistik |Sumber- Google
Bagi fasa awal, empat bas bakal memulakan ujuan dengan melalui jalan sepanjang 5.7 kilometer di kawasan itu bermula 26 Ogos hingga 15 November depan untuk percubaan awam.

Ketua Eksekutif syarikat itu, Vincent Chong berkata, bas terbabit dilengkapi dengan teknologi pelbagai sensor dan dibangunkan untuk beroperasi dalam persekitaran bandar yang kompleks.

Bagaimanpun, atas faktor keselamatan, bas itu turut mempunyai pemandu yang akan mengambil alih kawalan kenderaan  jika berlaku hal luar jangka secara tiba-tiba.

Syarikat tersebut turut bercita-cita memperluas perkhidmatan ini ke seluruh republik itu, ia sebagai satu cara mengatasi masalah kekurangan pemandu dihadapi mereka.

Diharap Malaysia boleh mencontohi cita-cita Singapura dalam meningkatkan perkhidmatan pengangkutan awam mereka.

Atau sekurang-kurangnya mengatasi masalah ketiadaan bas pengantara terutama di kawasan luar bandar sebelum bermimpi miliki kereta terbang.

Post a Comment

0 Comments