PERANTI Huawei sememangnya sudah mendapat tempat dihati pengguna telefon pintar di negara ini.
Rekabentuk telefon Huawei bukan sahaja nampak 'gempak' ia juga sarat dengan teknologi-teknologi terbahru yang ditawarkan pada harga yang tidak keterlaluan.
Pengeluar terkemuka berpengkalan di China itu baru-baru ini telah mengumumkan Malaysia sebagai destinasi bagi pelancaran Nova 5T.
Ia bakal membuat kemunculan sulung di peringkat global ketika acara KL Fashion Week 2019 yang berlangsung pada 25 Ogos ini.
Tidak banyak diketahui mengenai telefon pintar terbahru ini, namun ia dijangkakan bakal membawa spesifikasi yang tidak kurang hebat.
Dijangkakan Nova 5T bakal dilengkapi skrin 5.5″, dijana cip Kirin 980, memori 6GB RAM, storan 128 GB, kamera swafoto 32MP, kamera utama 48+16+22 MP dan bateri sebesar 3750 mAh.
Spesifikasinya dikata hampir sama dengan Honor 2 tetapi dengan skrin yang kecil.
Buat masa ini tiada jangkaan harga bagi telefon bimbit ini dikeluarkan.
0 Comments