PANDANGAN| Dari segi isu penceramah bebas, Dr. Zakir Naik ini ada banyak hal yang menyebabkan kita harus menilai semula cara ataupun kaedah kandungan pemikiran orang Islam di Malaysia.
Setelah mendengar ucapannya di Kelantan dan
ungkapan-ungkapan daripadanya, saya mendapati Dr. Zakir adalah seorang
politikus ataupun ahli politik yang secara kebetulan mempunyai kepakaran
daya fikir dan ingatan yang kuat tentang al-Quran dan Hadis.
Alhamdulillah, syukur dan tahniah kepadanya. Tetapi dalam meneliti ucapannya di Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini apabila dia menyatakan bahawa orang India di Malaysia lebih menyokong Perdana Menteri India dan menyaran supaya orang Cina negara ini balik ke China, saya fikir dan kira tiada ulama sebelum ini yang berbuat sedemikian.

Dia datang dan berani berkata demikian dan ini harus difikirkan ulama kita cerdik pandai Islam kita.
Pertama, adakah kita gersang ataupun kekeringan
bakat, scholar, penyelidik dan sarjana di negara kita sehingga kita nak
saja menerima peluk orang yang dianggap ‘fugitive’.
Jadi, kita tidak tahu latar belakangnya dan saya dimaklumkan bahawa Arab Saudi sudah tolak dia, tidak tahu sama ia ada berkaitan dengan pendiriannya berkaitan fahaman Wahabi atau perkara lain.
Jadi, kita tidak tahu latar belakangnya dan saya dimaklumkan bahawa Arab Saudi sudah tolak dia, tidak tahu sama ia ada berkaitan dengan pendiriannya berkaitan fahaman Wahabi atau perkara lain.
Afghanistan sudah tolak juga dia, Pakistan juga
sudah tolak dia, Bangladesh juga sudah tolak dia dan sekarang saya
dengar Indonesia pun agak enggan menerima beliau lagi. Begitu juga
Brunei dan Sarawak.
Kita terfoya-foya dan sangat melambungkan Dr.
Zakir. Itu yang saya fikir kita tidak menggunakan daya analisis dan daya
nilai dalam kehidupan kita di Malaysia.
Adakah parti-parti politik misalnya mendukung beliau menjadi jurucakap?
Adakah parti-parti politik misalnya mendukung beliau menjadi jurucakap?
Walhal, kalau begitu kita sangat banyak
mempunyai pemimpin handalan. Jadi, persoalan-persoalan begitu tampaknya
tidak ada dalam pemikiran kita.
Kita hanya mendewa-dewakannya dan meminta dia supaya berada di tahap tinggi daripada undang-undang negara.
Kita hanya mendewa-dewakannya dan meminta dia supaya berada di tahap tinggi daripada undang-undang negara.
Baik! siapa yang meluluskan status penduduk
tetap (PR) kepada dia, bukan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad,
tetapi Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Ini ternyata, apakah sebab? Adakah dia telah mahir berbahasa Malaysia? Jika setakat hanya tahu bertanya di manakah tandas, masih tidak boleh.
Ini ternyata, apakah sebab? Adakah dia telah mahir berbahasa Malaysia? Jika setakat hanya tahu bertanya di manakah tandas, masih tidak boleh.
Barangkali (ungkapan) terima kasih boleh. Untuk
mendapatkan PR mesti ada sedikit kebolehan dalam bertutur bahasa Melayu,
kedua melabur. Adakah dia melabur banyak, saya fikir tidak ada.
Jadi, tiada jawapan yang positif kepada
soalan-soalan yang berkaitan rapat Perkara 15 dalam Perlembagaan, saya
curiga.
Namun rakan-rakan tidak ramai yang berfikir seperti saya dan mereka hanya mendewa-dewakan Dr. Zakir sehingga kita lupa asas-asas undang-undang kita sendiri.
Namun rakan-rakan tidak ramai yang berfikir seperti saya dan mereka hanya mendewa-dewakan Dr. Zakir sehingga kita lupa asas-asas undang-undang kita sendiri.
Jadi, saya menghormati Polis Diraja Malaysia
(PDRM) sebab berani menyiasatnya dan saya harap sesuatu dapat dilunaskan
mengikut undang-undang, jika tidak ungkapan ‘rule of law’ yang biasa
kita sebut tiada erti dan tidak lama lagi saya kira akan datang orang
lebih ramai mengaku dia pakar itu, pakar ini terus dia diberikan PR .
Dan negara ini akan menjadi lambakan kepada beberapa pihak yang mempunyai matlamat politik dan sosio mereka sendiri di masa hadapan.
Dan negara ini akan menjadi lambakan kepada beberapa pihak yang mempunyai matlamat politik dan sosio mereka sendiri di masa hadapan.
Kita pun tengok keadaan ini semakin lama semakin
meruncing, hubungan kita dengan India itu tidak dikira sangatlah,
tetapi jika dihantar balik ke India beliau mungkin diancam, sedangkan
kita bukan negara asylum (pencari suaka) dan saya tidak fikir India
bersikap begitu.
Adik Dr. Zakir ada di sana (India), saudara-maranya di sana hidup dengan baik.
Jadi, beliau pun sudah didapati tidak ada
mempunyai hubungan dengan undang-undang yang disalah guna, maka beliau
boleh balik ke India. Jadi itulah yang dipersoalkan.
Tan Sri Dr. Rais Yatim merupakan tokoh budayawan, beliau pernah berkhidmat di bawah kesemua enam Perdana Menteri Malaysia
Tulisan ini pertama kali disiarkan di Malaysiakini dan ia tidak semestinya mencerminkan pendirian Kartel.
Tulisan ini pertama kali disiarkan di Malaysiakini dan ia tidak semestinya mencerminkan pendirian Kartel.
0 Comments