SIAPA kata Malaysia tiada penulis hebat bertaraf dunia?
Baru-baru ini, seorang penulis kelahiran negara kita diberi pengiktirafan di Anugerah Hugo (Hugo Award).
Menerusi laporan star2.com, karya Zen Cho, 33, yang bertajuk 'If At First You Don't Succeed, Try, Try Again' telah memenangi kategori Penulis Novel (Novelette) Terbaik di Konvensyen Sains Fiksyen Dunia ke-77 di Dublin, Ireland.
"Saya sudah meneka siapa calon lain yang akan memenangi kategori tersebut, tiba-tiba saya diumumkan menang" Kata Cho, dipetik laporan Sinar.
Sebagai rekod, Anugerah Hugo merupakan satu anugerah berprestij yang meraikan kesusasteraan dan penulisan sains fiksyen.
Ia pertama kali dianugerahkan pada tahun 1953 sempena Hugo Gernsback, pengasas majalah fiksi sains perintis Amazing Story.
Cho merupakan seorang peguam yang berasal dari Selangor dan kini sedang mengembangkan kerjayanya di United Kingdom.
Karya Cho boleh dimuat turun di barnesandnoble.com
Jika anda mahu jadi seperti Cho, anda perlu terus berusaha, seperti tajuk karya beliau 'If At First You Don't Succeed, Try, Try Again'.
0 Comments