Apa jadi pada dunia jika perang nuklear berlaku?


PERISTIWA pengeboman Hiroshima dan Nagasaki lebih 70 tahun lalu merupakan antara insiden perang paling bersejarah dan diingati.

Pengeboman dua bandar Empayar Jepun itu menggunakan bom atom 'Little Boy' dan 'Fat Man' oleh pesawat B-29 atas arahan Presiden Amerika Syarikat (AS), Harry S. Truman pada Ogos 1945 tercatat sebagai sejarah hitam dunia.

Horishima selepas letupan atom | Sumber - Google
Ia merupakan detik dimana manusia hilang kewarasan. Senjata pemusnah besar-besaran digunakan ke atas manusia sehingga menggorbankan hampir 100 ribu nyawa serta merta akibat ledakan itu.

Selepas insiden itu, ratusan ribu yang lain terkorban akibat radiasi sinaran dan kesan terbakar, ramai juga yang mengalami kecacatan kekal akibat pencemaran radioaktif.

Projek Manhattan

Sebenarnya, penciptaan bom atom bermula daripada sebuah projek yang diberikan nama Projek Manhattan pada awal abad ke-20. 

Malangnya, walaupun kesan senjata nuklear keatas manusia sangat buruk, ia terus dihasilkan. Selang beberapa tahun selepas Hiroshima dan Nagasaki dibom, Kesatuan Soviet pula mempercepat pembangunan senjata pemusnah jenis ini.

Soviet menguji bom nuklear miliknya pada 1949
Pada 1949, Soviet menjalankan letupan ujian nuklear pertamanya, diikuti United Kingdom  (UK) pada 1952, Perancis pada 1960 dan China pada 1964.

Walaupun beberapa usaha dilakukan bagi menyekat pembangunan senjata jenis ini termasuk melalui rundingan Perjanjian Non-Proliferasu (NPT) pada 1968 dan Perjanjian Pengesahan Ujian Nuklear Komprehensif (CTBT) pada 1996, namun ia masih terus dihasilkan sebagai persiapan menghadapi perang.

Laporan Stockholm International Peace Research Institute (SIPRI), mendedahkan terdapat lebih 16 ribu kepala peledak senjata nuklear telah direkodkan.

Selain AS, UK, Perancis dan China, turut menyimpan senjata nuklar pada hari ini ialah negara bekas Kesatuan Soviet iaitu Rusia.

Malah Pakistan dan India serta Korea Utara juga membangunkan senjata berkenaan. Manakala Israel secara universal dipercayai menyimpan senjata pemusnah ini walaupun tidak pernah melakukan ujian secara terbuka.

Tahukah kita, dua kuasa besar dunia iaitu Rusia dan AS sebenarnya mengawal 93 peratus sistem persenjataan nuklear yang ada pada hari ini?

Namun persoalan yang timbul ialah, apa yang berlaku jika terjadi perang nuklear?


Awan Jelaga

Selain mampu membunuh penduduk bumi yang tidak bersalah dalam jumlah ramai sekelip mata, perang nuklear juga bakal menjejaskan dunia. Kita ambil contoh sekiranya berlaku perang antara AS dan Rusia.

Jika itu berlaku, kira-kira 147 juta tan jelaga dari letupan nuklear bakal dilepaskan ke atmosfera. suhu pada lapisan stratosfera akan mengakibatkan jelaga tersebut menjadi butiran pepejal yang akan menyelubungi seluruh bumi dalam tempoh beberapa minggu.

Perang nuklear akan memusnahkan bumi
Awan jelaga tersebut boleh menyebabkan purata suhu permukaan turun sehingga hampir 9 darjah Celsius, Pakar meramalkan awan jelaga akan menghalang cahaya matahari masuk ke bumi sehingga menyebabkan musim sejuk nuklear melanda bumi bagi tempoh 10 tahun seterusnya.

Kesan atmosfera perang juga boleh menyaksikan gangguan monsun dan peningkatan ketara dalam keberubahan kitaran El Nino yang menyebabkan penduduk yang terselamat berdepan dengan pelbagai jenis bencana alam lain.

Penemuan itu berdasarkan kajian saintis atmosfera di Uniniversity Rutgers di New Jersey, Joshua Coup bersama rakan penyelidik lain yang membuat simulasi bagaimana iklim akan bertindak balas terhadap perang nuklear.

Hasil kajian itu juga mendapati, vorteks kutub aliran udara sejuk yang mengelilingi kutub utara akan menghasilkan suhu di atas normal, namun di bawah beku di Artik dan utara Eurasia.


Dengan semua keadaan yang berlaku itu, bumi bukan lagi tempat selesa yang boleh didiami5.

Post a Comment

0 Comments