Kerana susu, badan 16 kanak-kanak tumbuh bulu



KERANA pengambilan susu formula tercemar, 16 kanak-kanak di Sepanyol telah mengalami keadaan tidak normal apabila tubuh dan badan mereka ditumbuhi bulu.

Memetik Daily Mail, kesemua mereka disyaki terkena hypertrichosis atau ‘sindrom serigala jadian’ selepas mengambil susu dicemari minoxidil, bahan merawat keguguran rambut.

Sebelumnya mereka didakwa telah diberi susu dengan sebatian omeprazole yang biasanya digunakan untuk merawat masalah penghadaman.
Pihak berkuasa menerima 13 laporan membabitkan sama pada bulan lalu manakala tiga lagi kes dilaporkan berlaku pada bulan ini.
Sindrom ini menyebabkan pertumbuhan bulu tidak normal
Daily Mail dalam laporannya juga berkata, sumber kesihatan memberitahu pertumbuhan bulu tersebut reda apabila apabila pengambilan susu tersebut dihentikan.

Bagaimanapun ibu bapa telah dinasihatkan supaya mendapatkan bantuan perubatan jika anak mereka telah diberi formula

Susulan insiden itu juga, Agensi Perubatan dan Produk Kesihatan Sepanyol mengambil langkah segera dengan mengarahkan penarikan balik produk keluaran Farma-Química Sur SL ditarik semula dari pasaran berkuat kuasa pada 11 Julai lalu.

Lesen syarikat itu juga telah digantung dengan larangan menjalankan sebarang aktiviti pengeluaran, import atau pengedaran produk berkenaan.

Post a Comment

0 Comments