MB S'gor tak mahu kompromi isu warga asing


ISU kebanjiran warga asing di negara ini sudah menjadi masalah yang perlu ditanggung rakyat.

Kehadiran 'orang luar' secara beramai-ramai ke negara ini bukan sahaja merampas peluang pekerjaan atau perniagaan rakyat tempatan, malah banyak kejadian jenayah membabitkan golongan ini turut dilaporkan.

Kenyataan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari pada program Dialog Bajet 2020 di Pusat Konvensyen Shah Alam memberi bayangan bahawa kerajaan negeri tidak lagi mahu berkompromi dengan golongan itu.

Pasar Selayang jadi lubuk perniagaan haram warga asing
Tegas Amirudin, sikap pihak bertanggungjawab yang terlalu  banyak ‘memberi muka’ kepada golongan itu khasnya Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI)  menyusahkan banyak pihak.

"Lihat keadaan di Pasar Borong Selayang, kita mudah sangat benarkan.

"Mula-mula hanya berniaga ikan dan sayur tetapi sekarang mereka memonopoli kawasan itu, begitu juga warga Acheh dengan perniagaan runcit di merata tempat” katanya.
Sebagai rekod, undang-undang negara dengan jelas tidak membenarkan warga asing yang datang bekerja ke negara ini menjalankan apa-apa bentuk perniagaan.

Bagaimanapun dipercayai golongan ini menggunakan individu lain sebagai penama bagi perniagaan mereka.

Sementara itu jelas Amirudin, kesilapan awal dilakukan pihak berkuasa itu juga menurutnya menyebabkan isu membabitkan warga asing ini semakin sukar diatasi.

“Selain tidak mematuhi larangan berniaga, pendatang asing juga kerap terbabit pelbagai aktiviti jenayah.

“Kegiatan mereka termasuk warga Afrika menjalankan sindiket penipuan juga berada di tahap membimbangkan,” tegasnya lagi.

Post a Comment

0 Comments