KEBAKARAN di Universiti Malaya (UM) baru-baru ini memusnahkan hampir keseluruhan pejabat pensyarah di Fakulti Ekonomi, Dr Mohammad Tawfik Yaakub
Dalam kejadian itu, banyak peralatan pejabat musnah, Meja dan buku-buku banyak hangus dijilat api. Namun senaskah Al-Quran disimpan dalam pejabat itu masih elok dan hanya mengalami kerosakan kecil.
"Ada beberapa barang yang boleh lagi diambil, tetapi
sungguh tersentuh apabila melihat al-Quran peribadi masih utuh walaupun
selepas ditelan api yang marak.
"Barang-barang, kertas atas meja saya habis. Al-Quran ini hanya kulit kesan haba kuning sikit.." kata Mohammad Tawfik.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Kuala Lumpur dalam kenyataan berkata, sebanyak 21 bilik pensyarah terlibat dalam kebakaran bangunan tiga tingkat di pusat pengajian itu pada Selasa lalu.
Dalam kejadian itu, banyak peralatan pejabat musnah, Meja dan buku-buku banyak hangus dijilat api. Namun senaskah Al-Quran disimpan dalam pejabat itu masih elok dan hanya mengalami kerosakan kecil.
Al-Quran yang tidak terjejas | Sumber- Sinar |
"Barang-barang, kertas atas meja saya habis. Al-Quran ini hanya kulit kesan haba kuning sikit.." kata Mohammad Tawfik.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Kuala Lumpur dalam kenyataan berkata, sebanyak 21 bilik pensyarah terlibat dalam kebakaran bangunan tiga tingkat di pusat pengajian itu pada Selasa lalu.
dianggarkan sebanyak 90 peratus pejabat itu terbakar dengan jumlah kerugian masih belum diketahui.
Bomba menerima panggilan jam 1.30 pagi dan kebakaran dapat dikawal sepenuhnya kira-kira 20 minit kemudian.
Sementara itu, Mohammad Tawfik menyifatkan kejadian itu sebagai satu kebesaran daripada Allah.
"Hari ini diberikan kebenaran untuk melihat sendiri bilik yang ditimpa musibah. Insya-Allah ada hikmah," katanya dipetik laporan media.
Mazlee melawat lokasi kejadian | Sumber- Astro |
Sementara itu, Mohammad Tawfik menyifatkan kejadian itu sebagai satu kebesaran daripada Allah.
"Hari ini diberikan kebenaran untuk melihat sendiri bilik yang ditimpa musibah. Insya-Allah ada hikmah," katanya dipetik laporan media.
Sementara itu, kerajaan memperuntukkan RM2 juta untuk membaik pulih Pejabat pensyarah Fakulti itu.
Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, proses baik pulih bangunan
yang mengalami kemusnahan sebanyak 90 peratus dalam kebakaran itu
dijangka mengambil masa empat bulan untuk disiapkan.
0 Comments