Dua kedai dirempuh lori simen terbabas


DUA buah kedai di Jalan Machang-Ketereh, Kok Lanas dirempuh lori pembancuh simen dalam insiden siang tadi.

Seorang peniaga gerai buah, Mustapa Abdullah, 63, berkata, dia yang ketika itu sedang berniaga dikejutkan dengan bunyi dentuman kuat sebelum sebuah lori simen terhenti pada jarak hanya lima meter dari tempatnya berdiri.

Kenderaan berat yang dipandu seorang lelaki itu tambahnya terlebih dahulu merempuh sebuah sebuah kedai makan, kedai kosmetik dan sebuah kereta sebelum terhenti kerana terhalang oleh sebatang tiang elektrik.
Kereta yang remuk dirempuh | Sumber- Sinar Harian
“Kejadian berlaku terlalu pantas,. Selepas terdengar bunyi dentuman kuat saya sempat melihat kereta Perodua Kelisa milik peniaga kosmetik tersebut terseret apabila dirempuh lori itu.

“Mujurlah tidak ada pelanggan ketika kejadian berlaku," katanya menurut Sinar Harian.

Difahamkan, lori dipandu lelaki berusia 40-an dari Machang menuju ke Ketereh itu sebelumnya mengalami masalah brek sebelum hilang kawalan.

Ketika tiba di lampu isyarat berhampiran, pemandu dikatakan cuba berhenti tetapi gagal menyebabkannya terbabas ke kiri jalan.

Sementara itu tambah Mustapa, dalam keadaan kelam kabut, dia dan beberapa penduduk mendekati pemandu lori untuk melihat keadaannya.

“Lelaki tersebut dalam keadaan cemas memberitahu lorinya mengalami masalah brek dan kami kemudian membantunya keluar dari lori berkenaan,” katanya. 

Post a Comment

0 Comments