Dadah: Zul Yahya rasa kecewa



PELAKON Zul Yahya, baru-baru ini menzahirkan rasa kecewa di laman Instagram miliknya atas sikap golongan muda hari ini.

Ia susulan penemuan beberapa alat untuk memproses dadah yang dipercayai kepunyaan pekerja restorannya.

Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Yahya, 46, yang kini merupakan seorang pendakwah mengakui sedih apabila golongan muda kini terlalu mudah terjerumus dalam kancah najis dadah.

"Apa yang menyedihkan, mereka dalam kalangan anak remaja luar bandar dan keluarga susah tapi kerana pergaulan yang salah serta kurang jati diri mereka tersalah pilih kehidupan.

Letih. Sampai bila anak bangsa kita nak hancur," katanya.

Apa yang diluahkan Zul ada benarnya, Berdasarkan statistik oleh Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia (AADK) walaupun berlaku penurunan kes penyalahgunaan dadah sejak 2016 , namun isu itu tetap terus membimbangkan.

Untuk tahun 2018 sahaja, sebanyak 20,223 kes membabitkan dadah dikesan, 17,315 darinya merupakan kes penagihan baharu, manakala selebihnya adalah kes berulang.

Sementara itu menurut Zul, golongan ibu bapa harus mengambil serius isu penyalahgunaan dadah dengan mengawasi pergerakan anak mereka.

"Pesanan saya pada ibu bapa sila ambil tahu mengenai pergaulan anak. Periksa apa yang anak simpan dalam kehidupan mereka." tulisnya lagi.

Post a Comment

0 Comments