M'sia Baharu: Pemimpin HARAPAN tak takut kritik K'jaan



BERBANDING kerajaan terdahulu, pemimpin dalam kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) hari ini dilihat lebih terbuka dan jujur membuat teguran kepada barisan kepimpinan negara.

Tindakan ini wajar dihargai. Ia bukan sahaja dapat memastikan usaha memulihkan negara sentiasa berada di landasan yang betul, malah memastikan kepentingan rakyat akan sentiasa terpelihara.

Ketua Dasar dan Strategi Bersatu (PPBM), Datuk Dr Rais Hussin Mohamed Ariff baru-baru ini secara tegas  menyuarakan pandangan agar sesetengah pemimpin kerajaan tidak terlalu ghairah membuat pembaharuan sehingga mengabaikan isu pokok dihadapi rakyat.

Tegasnya walaupun kerajaan telah menunaikan 39 peratus janji manifesto PRU14 namun, rakyat masih belum merasai atau menikmati janji-janji itu.

"Rakyat nak letak makanan dalam pinggan pun tak ada. Tapi kerajaan bercakap tentang kereta terbang, kereta nasional ketiga dan Gojek.

Gojek bukan penyelesaiaan kata Dr Rais
"Sudah tiba masanya untuk Kerajaan HARAPAN memenuhi keperluan rakyat sekiranya tidak mahu menjadi kerajaan sepenggal," Tegas Dr Rais.

Beliau sebelumnya bercakap dalam Seminar PRU14: Implikasi pilihan raya kecil kepada PRU15 di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada Rabu.

Sementara itu, Ketua PPBM Klang itu turut mengingatkan kerajaan supaya tidak lalai, beliau turut menyenaraikan lima keperluan utama yang diharapkan oleh rakyat.

Lima keperluan utama itu menurutnya adalah penambahbaikan kos sara hidup, kualiti hidup, penyediaan peluang pekerjaan terjamin kepada anak muda, rumah mampu milik dan kesihatan.
Warganet setuju dengan Dr Rais
"Kerajaan kena sedar, pengangguran anak muda ketika ini paling tinggi, sebab itu saya katakan Gojek bukan penyelesaian terbaik, ia hanya pendapatan untuk tampung sara hidup. Fikirkan penyelesaian jangka panjang.
"HARAPAN masih belum terlambat untuk mendengar denyut nadi dan keperluan rakyat., kita masih ada lebih kurang tiga tahun setengah untuk memenuhi kehendak rakyat," tambahnya lagi.

Sementara itu tinjauan di laman sosial mendapati, sebilangan warganet menyokong kenyataan dibuat Dr Rais itu.

Post a Comment

0 Comments