LEDAKAN permintaan daripada rakyat Malaysia untuk minuman jenis
bubble tea kini boleh dianggap mencapai tahap tertinggi dalam sejarah
pembuatan minuman itu.
Bagi memenuhi selera orang ramai itu, kini kita dapat melihat
kemunculan premis perniagaan berasaskan bubble tea dimana-mana. Ia
tumbuh bak cendawan selepas hujan.
Di laman media sosial baru-baru ini minuman itu yang biasanya
dihidangkan sejuk tiba-tiba menjadi hangat dan panas. Ia susulan status
halal pembuatan minuman tersebut diragukan.
Susulan itu, satu pengusaha minuman jenis itu baru-baru ini memuat
naik satu perakuan sijil Halal yang dikeluarkan oleh Majlis Ulama
Indonesia (MUI). Kesannya pertikaian dikalangan natizen jadi reda
sementara.
Sesetengan natizen memberi pandangan bahawa perakuan Halal daripada Indonesia itu tidak relevan di negara ini.
Wah, ternyata minuman bubble tea yang sejuk itu dapat mencetuskan perdebatan panas dikalangan kita.
Difahamkan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ada menyatakan
bahawa perakuan daripada MUI boleh diguna pakai di Malaysia, ini kerana
parameter yang digunakan untuk pengesahan tersebut adalah sama.
Sementara itu, pihak pengurusan Xin Fu Tang maklumkan permohonan
status Halal minuman berasaskan bubble tea keluaran mereka sedang dalam
proses oleh pihak JAKIM.
Buat masa ini ada yang berpandangan dengan memperagakan perakuan
Halal daripada MUI sudah memadai untuk menghentikan keraguan atau
syubhah berhubung status minuman tersebut.
Nampak sedap bukan, sudahkah anda cuba?
0 Comments