KPN bengang, luah rasa berang

KETUA Polis Negara melahirkan rasa berang terhadap tindakan segelintir pihak yang mensensasikan isu video intim yang dikaitkan dengan seorang menteri.

Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata, tindakan itu keterlaluan sehingga telah mengganggu tugas Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Malah menurutnya, ada pihak yang mempertikai kenyataannya sebelum ini berhubung keaslian video seks tersebut dengan mendakwa ia dipengaruhi tekanan dari pemimpin kerajaan.

“Saya dah kata dari mula, ada dua espek dalam kes ini. Satu mengenai video itu dan satu lagi siapa yang sebar.. yang membuat video tersebut. 

“Apa yang politiknya dengan kenyataan saya?” soalnya.

Abdul Hamid sebelumnya menghadiri majlis penutup Perkhemahan Kor Kadet Polis Peringkat Kebangsaan di Kuala Kubu Bharu pada Sabtu.

Pada Khamis, Abdul Hamid berkata analisis CyberSecurity Malaysia mendapati kebarangkalian video itu tulen adalah tinggi.

Beliau bagaimanapun berkata hasil analisis itu tidak dapat mengaitkan pelaku di dalam video itu dengan individu yang dimaksudkan. 

Sementara itu, Abdul Hamid mengingatkan parti politik supaya tidak mengheret pihak lain terutama rakyat dalam konflik berkaitan isu tersebut.

“Kalau nak rebut kuasa biar dalam parameter-nya, jangan bebankan masyarakat, bebankan polis.

“Ada pihak tak bertanggungjawab yang siang malam main politik, tak ada kerja lain..sudahlah,” tambahnya lagi.

Abdul Hamid sebelum ni ada menegaskan PDRM tidak akan melindungi kepentingan mana-mana pihak dalam isu tersebut.

Post a Comment

0 Comments