Depoh tahanan imigresen juru siap dibina dengan kos 77.5 juta

DEPOT Tahanan Imigresen di Jawi, Pulau Pinang akan mula beroperasi sepenuhnya pada 1 Disember ini, kata Menteri Dalam Negeri.

Berkeluasan 6.07 hektar (15 ekar), depot tahanan yang mampu menempatkan kira-kira 1,200 pendatang tanpa izin itu bagi menggantikan Depot Tahanan di Juru yang dibina pada 1976 dan telah uzur serta tidak selamat diduduki.

"Kawasannya lengkap dengan kompleks tahanan, mahkamah pendatang tanpa izin dan kuarters (petugas imigresen) jadi kita akan pindahkan penghuni di Depot Tahanan Juru. Staf imigresen seramai 118 yang bertugas di Juru juga akan dipindahkan ke sini.
 
“ Mereka (tahanan) yang ditempatkan di sini berkaitan kesalahan melanggar Akta Imigresen antaranya salah guna pas lawatan, masuk tanpa dokumen dan tinggal lebih masa,“ katanya Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada Majlis Penyerahan Projek Pembinaan Depot Tahanan Imigresen dan Kuarters di Depot Imigresen Jawi pada Ahad.

Pembinaan depot tersebut dengan kos RM77.5 juta di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) Rolling Plan Pertama bertujuan menyediakan pusat tahanan yang kondusif serta boleh menampung kapasiti diperlukan dan memiliki ciri-ciri kawalan keselamatan.

Sementara itu Saifuddin menjelaskan, depot tahanan imigresen di negara ini bersifat sementara dan tidak berlaku kesesakan malah masih di bawah kapasiti ditetapkan iaitu kapasiti 20,000 orang di semua depot seluruh negara namun ketika ini terdapat 14,000 pesalah.

“Kalau mereka sudah selesai menjalani hukuman, kita tempatkan sementara sebelum kita pulangkan ke negara asal bergantung kepada berapa cepat dokumen perjalanan mereka disiapkan.

“Keseluruhannya, depot tahanan imigresen kita anggap sebagai ‘under’ (di bawah) kapasiti yang keupayaan kita lebih tetapi kita menempatkan angka (tahanan) yang jauh lebih rendah,” tambahnya.



Post a Comment

0 Comments