Kerajaan akan gubal undang-undang anti scammer - Azalina Othman

RANG UNDANG-UNDANG (RUU) jenayah dalam talian bakal digubal sebagai sebahagian usaha kerajaan membanteras sindiket 'scammer'.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said di Dewan Rakyat pada Isnin berkata, jenayat scammer tidak hanya terhad bagi jenayah telekomunikasi, tetapi termasuk e-kewangan, love scam, e-dagang serta pinjaman dan pelaburan tidak wujud

Justeru beliau melihat ada keperluan untuk RUU itu digubal terutama negara sedang menuju ke arah digital.  

"Isu ini (penipuan membabitkan data pengguna membabitkan transaksi perbankan) sedang berlaku membabitkan ratusan bilion.

"(Namun) ini pihak bank, mungkin Ahli Parlimen boleh bincang, sama ada perlu sistem lebih ketat kepada bank atau industri yang memegang duit pengguna.
 
"Sebab itu kepekaan sangat perlu bagi kita sebagai Ahli Parlimen dan insya-Allah pada sesi ini kita akan wujudkan undang-undang jenayah dalam talian selepas Bajet (2025) supaya pelbagai perkara dapat kita bahas dan luluskan," katanya sebagai menjawab soalan tambahan Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) berhubung isu tersebut.

Sementara itu, Azalina berkata, kerajaan sudah mengambil langkah proaktif dengan meminda Kanun Keseksaan (Akta 574) dan Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593) bagi menangani kes jenayah siber, terutama kes penipuan kewangan membabitkan penggunaan akaun keldai yang semakin meningkat.

Katanya, pindaan Seksyen 424A, 424B dan 424C Akta 574 sudah memasukkan peruntukan baharu berkaitan kesalahan mana-mana individu membenarkan bank akaunnya digunakan orang lain tanpa kuasa atau maksud sah, bagi menangani isu akaun keldai . 

Post a Comment

0 Comments