KERAJAAN
Madani kekal komited untuk menangani isu-isu di Labuan dalam usahanya
meningkatkan kesejahteraan rakyat dan meningkatkan ekonomi di pulau
berkenaan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah
Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata, beliau telah diadakan satu sesi
perjumpaan membabitkan 150 pemimpin serta wakil daripada pelbagai
pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pertubuhan perniagaan, yang
berkumpul bagi membincangkan inisiatif Bajet 2025 untuk Labuan.
Justeru
semua cadangan dan pandangan diketengahkan pada pertemuan pada Sabtu
itu akan diteliti untuk diangkat dalam Belanjawan 2025 akan datang.
“Sesi
itu mengetengahkan banyak idea dan cadangan positif mengenai cara
memacu ekonomi tempatan ke hadapan dan kami telah menerima maklum balas
yang membina tentang cara meningkatkan ekonomi Labuan.
“Yakinlah,
pandangan-pandangan ini tidak akan diabaikan begitu sahaja, tetapi akan
dimasukkan ke dalam cadangan Bajet 2025,“ katanya.
Dr Zaliha
berkata begitu kepada pemberita selepas merasmikan acara Kembara Merdeka
di Kompleks Ujana Kewangan di Labuan pada Ahad.
Beliau
sementara itu turut menegaskan, antara fokus utama Belanjawan 2025 bagi
Labuan adalah inisiatif pembangunan ekonomi dan penambahbaikan
infrastruktur, dan juga beberapa cadangan lain seperti pemindahan
terminal feri ke tapak baharu..
0 Comments