MALAYSIA
mengalu-alukan kenyataan bersama oleh pemimpin tiga negara yang
menggariskan keperluan segera memuktamadkan perjanjian gencatan senjata
dan membawa bantuan segera kepada penduduk Gaza.
Kementerian Luar
menerusi kenyataan semalam menegaskan, secara prinsipnya Malaysia
sentiasa memperjuangkan keamanan, kestabilan serta pematuhan kepada
undang-undang antarabangsa.
"Dalam konteks ini, Malaysia menyokong rundingan damai yang sedang dijalankan oleh Amerika Syarikat (AS), Mesir dan Qatar
"Malaysia
berharap perbincangan yang bakal diadakan pada 15 Ogos depan akan
membuahkan hasil positif, menghalang konflik yang semakin meruncing dan
mencapai penyelesaian secara aman," katanya.
Sementara itu Malaysia menuntut semua pihak untuk terus fokus, komited dan menghormati proses keamanan.
Menurutnya,
Malaysia sekali lagi menuntut agar pembunuhan dan kekejaman dihentikan,
gencatan senjata segera dan kekal dilaksanakan, bantuan kemanusiaan
disalurkan tanpa halangan ke Gaza serta Palestin diterima sebagai ahli
penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
"Sokongan teguh dan solidariti Malaysia dengan rakyat Palestin tidak berbelah bahagi.
"Ini
termasuk terhadap hak mereka untuk menentukan nasib sendiri dan
penubuhan sebuah negara yang merdeka serta berdaulat berdasarkan
sempadan sebelum 1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu kotanya,"
tegas kenyataan itu.
0 Comments