TIMBALAN Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli mendedahkan bahawa sokongan pengundi terhadap gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) di Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang ketika ini berada di tahap terbaik.
Jelasnya, kesimpulan itu dibuat berdasarkan maklumat daripada pelbagai sumber serta laporan dari lapangan yang diterimanya.
Situasi semasa jelasnya sekali gus menafikan dakwaan diuar-uarkan Perikatan Nasional (PN) bahawa tiga negeri yang ditadbir PH itu akan tumbang selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) sebagaimana.
Dalam pada itu, Rafizi membayangkan kerjasama PAS dan Bersatu dalam PN tidak akan mampu bertahan lama
Ia berdasarkan pengalaman KEADILAN yang pernah bekerjasama dengan kedua-dua parti berkenaan sebelum ini.
0 Comments