TIGA Exco Selangor dilaporkan tidak akan mempertahankan kerusi mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan tidak lama lagi.
Menurut Utusan Malaysia,tiga Exco tersebut adalah Teng Chang Khim (Industri dan Perdagangan), Dr Siti Mariah Mahmud (Kesihatan Awam, Perpaduan, Wanita dan Keluarga) dan V Ganabatirau (Kebajikan Masyarakat, Pekerja dan Kerajaan Prihatin).
Difahamkan, Teng dan Siti Mariah yang sudah berkhidmat sebagai ADUN masing-masing selama enam dan tiga penggal mahu memberi laluan kepada pemimpin generasi baharu manakala Ganabatirau ingin memberi tumpuan kepada tanggungjawabnya selaku ahli parlimen Klang.
"Sudah lama saya maklumkan kepada parti sejak menang di Klang, sudah dua penggal saya menjadi Adun dan Exco. Itu cukup memberikan saya pengalaman untuk memberi tumpuan kepada isu-isu di persekutuan dan Putrajaya.
“Bagaimanapun, saya turut memaklumkan kepada parti meskipun tidak lagi bertanding, Kota Kemuning mestilah terus diwakili oleh wakil rakyat daripada DAP,” kata Ganabatirau sebagai mengesahkan perkara itu.
Sementara itu Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor Borhan Aman Shah dipetik berkata pihaknya tidak menolak ada lagi penyandang yang akan memberi laluan kepada muka baru dalam PRN yang bakal diadakan.
![]() |
Keputusan untuk beri laluan kepada muka baharu |
0 Comments